|
PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN KADAZANDUSUN, SABAH
PPB/SB 61/95
|
Fasal 1 - Nama
| 1. |
Nama pertubuhan ialah DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN KADAZANDUSUN SABAH (KADAZANDUSUN CHAMBER OF COMMERCE AND INDUSTRY, SABAH)
(HONGKOD PONGINDOPUAN KADAZANDUSUN, SABAH) selepas ini disebut Dewan.
|
Fasal 2 - Alamat Berdaftar
| 1. |
Alamat berdaftar Dewan ini ialah di Lot 5, Tingkat 2, Kedai Blok E, Pekan Donggongon, Penampang. Peti Surat 633, 89500 Penampang, Sabah.
|
| 2. |
Alamat berdaftar dan alamat persuratan Dewan tidak boleh diubah tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan. |
Fasal 2A -Definasi
| 1. |
Di dalam Perlembagaan ini melainkan sekiranya berlainan daripada konteks :- |
| |
| 1. |
Ahli” bermakna ahli Dewan termasuk Ahli Kehormat. |
| 2. |
Kadazandusun” bermakna seorang ataupun orang-orang Kadazandusun termasuk Murut berumur lapan-belas (18) tahun ke atas yang berwarganegara Malaysia dan berasal dari Sabah. |
| 3. |
Dewan” bermakna Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun, Sabah. |
| 4. |
Pemegang Amanah” bermakna pemegang amanah Dewan. |
| 5. |
“Majlis Tertinggi” bermakna badan pentadbir yang tertinggi yang diundi dan dilantik dibawah Fasal 9 (2) perlembagaan. |
|
Fasal 3 - Tujuan-tujuan
| Tujuan-tujuan Dewan ini adalah seperti berikut : |
| a. |
Menyatupadukan peniaga, pengusaha dan ahli Ikhtisas Kadazandusun untuk kepentingan atau faedah ekonomi orang Kadazandusun. |
| b. |
Menubuhkan dan mengujudkan badan perniagaan dan perusahaan untuk kepentingan atau faedah orang-orang Kadazandusun di lapangan perniagaan dan perusahaan. |
| c. |
Memperjuangkan kepentingan ahli-ahli dari segi undang-undang atau langkah-langkah yang berkaitan dengan perdagangan, perusahaan atau perniagaan. |
| d. |
Menyelaras aktiviti-aktiviti kesemua ahli dan menyelesaikan selisih faham yang timbul di antara ahli-ahli dengan syarat mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak.
|
| e. |
Membantu atau mewakili ahli-ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, jualan dan lain-lain samada di dalam atau di luar negeri. |
| f. |
Menubuh atau membantu pertubuhan-pertubuhan, perbadanan-perbadanan, persatuan-persatuan, tabung-tabung, biasiswa, amanah atau tabung lain untuk kebajikan. |
| g. |
Membeli, menjual, meminjam, menggadai, memajak, memiliki, menyewa dan membuat lain-lain urusan bersangkutan dengan tanah-tanah, saham-saham, atau lain-lain harta dengan persetujuan majoriti dalam sidang Mesyuarat Agung. |
| h. |
Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan badan-badan atau persatuan-persatuan yang lain yang mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Dewan. |
| i. |
Membina bangunan atau bangunan-bangunan di atas tanah Dewan untuk kegunaan Dewan. |
| j. |
Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan Dewan atas syarat-syarat yang dipersetujui oleh sidang Mesyuarat Agung dengan undian majoriti. |
| k. |
Menubuhkan satu Yayasan Pengurusan untuk mengadakan kemudahan pelajaran dan latihan pengurusan bagi orang-orang Kadazandusun dalam bidang perniagaan dan perusahaan. |
| l. |
Menerbitkan majalah atau risalah-risalah yang berkaitan dengan perdagangan, perusahaan atau perniagaan. |
| m. |
Melaksanakan sebarang amanah yang tertentu berhubung dengan wang atau harta yang diterima diperolehi dan dipegang oleh Dewan. |
| n. |
Untuk menerima wang bantuan, anugerah, derma atau warisan dari pertubuhan-pertubuhan berdaftar atau orang perseorangan yang berminat. |
|
Fasal 4 - Ahli
1) Keahlian adalah terdiri daripada :-
- Orang-orang Kadazandusun yang menjalankan perniagaan atau perusahaan sebagai tuan punya tunggal atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia mengenai pendaftaran atau perusahaan dan beroperasi di Sabah. Setiap perniagaan atau perusahaan tuan-punya bersama hendaklah menghantar seorang wakil ke Mesyuarat Agung.
- Orang-orang Kadazandusun yang mengamalkan sesuatu bidang profesional yang dilesenkan atau didaftarkan mengikut undang-undang bagi profesion berkenaan dan beroperasi di Sabah.
- Syarikat-syarikat perniagaan dan perusahaan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mana ekuiti majoritinya dimiliki oleh Kadazandusun dan beroperasi di Sabah. Setiap syarikat hendaklah menghantar seorang wakil ke Mesyuarat Agung.
- Syarikat-syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah Ordinan Koperasi yang berkuat kuasa di Malaysia yang mana semua pemegang sahamnya terdiri dari orang-orang Kadazandusun dan beroperasi di Sabah. Setiap syarikat hendaklah menghantar seorang wakil ke Mesyuarat Agung.
Fasal 5 - Peruntukan Umum Mengenai Ahli
- Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan menjadi ahli yang disediakan oleh Dewan.
- Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha untuk dikemukakan kepada Majlis Tertinggi untuk diluluskan. Majlis Tertinggi adalah berhak, mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.
- Bagi syarikat-syarikat atau firma perkongsian, persendirian, syarikat Sendirian Berhad dan apa juga bentuk syarikat perdagangan, perniagaan atau perindustrian, Sijil Status Bumiputera melalui Bahagian Penyertaan Bumiputera, Jabatan Pembangunan Negeri, Kota Kinabalu haruslah terlebih dahulu diperolehi.
- Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran tahunan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli dan berhaklah ia sebagai ahli.
Fasal 6 - Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan
| 1) |
Bayaran masuk dan yuran tahunan yang perlu dibayar adalah seperti berikut :- |
| |
| a) |
Bayaran masuk RM100.00 |
| b) |
Yuran tahunan
RM120.00 |
|
| 2) |
Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari dari awal tiap-tiap tahun.
|
| 3) |
Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh satu wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan. |
| 4) |
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Dewan dan Majlis Tertinggi boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. |
| 5) |
Majlis Tertinggi mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. |
| 6) |
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan. |
| 7) |
Walaupun yang terdapat di dalam peruntukan Fasal ini atau Undang-Undang ini, Mesyuarat Agung Tergempar Dewan mempunyai kuasa untuk mengubah jumlah bayaran masuk atau yuran tahunan dari masa ke semasa apakala perlu, dengan syarat pindaan tersebut diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. |
| 8) |
Tahun yuran dimaksudkan di dalam Fasal ini adalah dikira mengikut tahun kewangan yang berakhir pada 31hb Disember. |
Fasal 7 - Pemberhentian dan Pemecatan Ahli
| 1) |
Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Dewan, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. |
| 2) |
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Dewan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Dewan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Majlis Tertinggi. Sebelum Majlis Tertinggi memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.
|
| 3) |
Tiap-tiap ahli yang memohon berhenti atau keahliannya diberhentikan tidaklah berhak mendapatkan apa-apa kepentingan di dalam tabung ataupun harta-harta
Dewan. |
Fasal 8 - Mesyuarat Agung
| 1) |
Pekerjaan Dewan adalah dijalankan di bawah kekuasaan dan perintah Mesyuarat Agung itu sendiri dan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan Dewan ini. |
| 2) |
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan mestilah dijalankan pada atau sebelum 31hb Mac tiap-tiap tahun kecuali pada perkara pemilihan Majlis Tertinggi yang akan dijalankan 3 tahun sekali. Notis mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua ahli 14 hari terlebih dahulu. Agenda dan laporan tahunan termasuk salinan penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah diedarkan sekurang-kurangnya 7 hari terlebih dahulu daripada tarikh mesyuarat.
|
| 3) |
Majlis Tertinggi atau Yang DiPertua boleh apakala mereka fikirkan perlu atau di atas permintaan bertulis dari tidak kurang daripada 1/3 ahli-ahli Dewan yang berhak mengundi adalah berkuasa untuk memanggil mesyuarat Agung Tergempar Dewan dengan notis mesyuarat kepada semua ahli 14 hari terlebih dahulu. Mesyuarat Agung Tergempar mestilah dipanggil dalam masa 30 hari setelah menerima permintaan berkenaan. |
| 4) |
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Dewan mestilah mengandungi:-
| i. |
Membentang minit Mesyuarat Agung yang lepas. |
| ii. |
Membentang laporan tahunan bagi tahun lalu. |
| iii. |
Membentang penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu. |
| iv. |
Tertakluk kepada peruntukan Fasal 8 (2) dan Fasal 9 (3) dalam Perlembagaan ini memilih Majlis Tertinggi. |
| v. |
Melantik Pemeriksa Kira-Kira tiga tahun sekali. |
| vi. |
Perbahasan mengenai apa-apa perkara yang mana notis telah diberikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan. |
|
| 5) |
Mesyuarat Agung Dewan itu adalah mengandungi;
| a) |
Ahli-ahli Majlis Tertinggi. |
| b) |
Kesemua Ahli Dewan. |
Mesyuarat berkenaan tidak boleh berjalan melainkan adanya korum ahli-ahli yang hadir iaitu ½ daripada jumlah ahli-ahli yang berhak mengundi atau 2 kali ganda jumlah ahli Majlis Tertinggi ikut mana yang kurang. |
| 6) |
Sekiranya dalam masa 30 minit daripada masa yang telah ditetapkan untuk memulakan Mesyuarat Agung Dewan korum itu tidak ada, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan selama seminggu dan diadakan di tempat yang ditetapkan oleh ahli-ahli yang hadir. |
| 7) |
Mesyuarat Agung Dewan yang telah ditangguhkan itu sekiranya korum itu masih tidak ada dalam masa 30 minit daripada masa yang ditetapkan, maka ahli-ahli yang hadir itu berkuasa menjalankan untuk membuat keputusan akan perkara-perkara yang tersebut di dalam agenda. |
| 8) |
Pengerusi sesuatu Mesyuarat-mesyuarat Agung Dewan boleh dengan kebenaran mesyuarat menangguhkan mesyuarat itu dari masa ke semasa dan dari satu tempat ke satu tempat tetapi perkara yang boleh dikerjakan di mesyuarat yang ditangguhkan itu adalah perkara-perkara yang tidak habis dikerjakan di Mesyuarat di mana penangguhan itu dibuat sahaja. |
| 9) |
Di dalam tiap-tiap Mesyuarat Agung Dewan yang ditentukan kecuali peruntukan-peruntukan berlainan, semua perkara mestilah ditetapkan dengan undi sulit ataupun dengan cara-cara undi yang lain yang ditetapkan oleh mesyuarat tersebut. |
| 10) |
Sekiranya terdapat persamaan undi dalam Mesyuarat Agung Dewan di dalam hal pemilihan Majlis Tertinggi di bawah peruntukan Fasal 9 (3) maka pengundian semula hendaklah dijalankan sehinggalah keputusan muktamad didapati. Manakala sekiranya terdapat persamaan undi dalam Mesyuarat Agung Dewan untuk hal-hal lain selain daripada pemilihan Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Jawatankuasa kerja Dewan maka Pengerusi mesyuarat berhak memberi undi pemutus selain daripada undinya sebagai seorang pengundi. |
| 11) |
Fasal 8(5) dan 8(6) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan boleh digunakan untuk Mesyuarat Tergempar Dewan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Tergempar Dewan atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Tergempar Dewan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
|
Fasal 8A - Pemilihan Majlis Tertinggi
| 1. |
Setiausaha hendaklah mengumumkan kepada ahli-ahli Dewan secara bertulis sekurang-kurangnya 28 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Tahunan bahawa Penamaan Calon untuk jawatan Majlis Tertinggi dibawah Fasal 9 (3) boleh dibuat dan setiap penamaan calon hendaklah dihantar kepada Setiausaha atau wakil sahnya di dalam masa yang ditetapkan oleh Setiausaha yang mana tempoh tersebut hendaklah tidak kurang dari 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan tersebut. |
| 2) |
Setiap Penamaan Calon untuk jawatan Majlis Tertinggi hendaklah:
| a) |
Ahli-ahli Dewan yang layak dibawah Fasal 9 (3) |
| b) |
Secara bertulis dengan menggunakan borang pencalonan yang disediakan oleh Dewan; |
| c) |
Setiap borang pencalonan hendaklah mengandungi penamaan untuk seorang calon dan menyatakan jawatan yang dipertandingkan. Pencalonan hendaklah dicadang oleh seorang ahli sah Dewan dan disokong oleh seorang ahli Dewan yang lain |
| d) |
Borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh calon, pencadang dan penyokong sebagai menandakan persetujuan masing-masing. |
| e) |
Seseorang Calon hanya dibenarkan untuk bertanding untuk satu jawatan sahaja dan sekiranya calon tersebut dicalonkan untuk lebih daripada satu jawatan, maka calon tersebut hendaklah memaklumkan secara bertulis dan dihantar kepada setiausaha jawatan yang dipertandingkan sebelum tamat tempoh penamaan calon yang ditetapkan oleh Setiausaha di dalam notis di perenggan 8A (1) di atas. Mana-mana calon yang gagal berbuat demikian akan mengakibatkan pembatalan kesemua pencalonannya dan kesemua pencalonan tersebut adalah dianggap tidak sah. |
|
| 3) |
Tiada penamaan calon boleh dibuat dan diterima selepas tarikh yang ditetapkan oleh Setiausaha di bawah Fasal 8A (1) di atas. Mana-mana penamaan calon yang tidak mengikut peruntukan Fasal 8A hendaklah dianggap sebagai tidak sah dan terbatal dengan sendiri. |
| 4) |
Setelah tamat tempoh penamaan calon dibawah Fasal ini,Setiausaha hendaklah mengumumkan nama-nama calon dan jawatan yang dipertandingkan melalui notis kepada semua ahli-ahli Dewan sekurang-kurangnya dalam masa 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahun. Satu notis yang mengandungi nama-nama calon dan jawatan yang di pertandingkan hendaklah dipamerkan di pejabat Dewan sebaik sahaja tamat penamaan calon. |
| 5) |
Di dalam menjalankan pemilihan Majlis Tertinggi di Mesyuarat Agung Tahunan Dewan, peraturan-peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
| a) |
Sebelum pembubaran Majlis Tertinggi untuk tempoh yang lalu, ahli-ahli Dewan yang hadir di Mesyuarat Agung Tahunan tersebut hendaklah secara undi sulit atau cara pengundian yang lain yang ditetapkan oleh ahli-ahli yang hadir melantik seorang di antara ahli-ahli Dewan yang hadir untuk menjadi Pengerusi Sementara dan tugas Pengerusi Sementara ini adalah hanya untuk mengendalikan perjalanan pemilihan Majlis Tertinggi menurut Perlembagaan dan tidak mempunyai kuasa yang lain; |
| b) |
Pengerusi Sementara tersebut hanya berkuasa sebaik sahaja Majlis Tertinggi untuk tempoh yang lalu dibubarkan dengan sahnya; |
| c) |
Pemilihan Majlis Tertinggi hendaklah dijalankan melalui undi sulit; |
| d) |
Keputusan pemilihan hendaklah diumumkan oleh Pengerusi Sementara sebaik sahaja keputusan pemilihan diketahui dan ia hendaklah diumumkan pada Mesyuarat Agung itu sendiri. |
|
| 6) |
| a) |
Sekiranya jumlah calon yang dinamakan adalah sama dengan jumlah jawatan Majlis Tertinggi yang di pilih, maka calon-calon tersebut hendaklah dianggap sebagai telah dipilih untuk jawatan Majlis Tertinggi tersebut. |
| b) |
Sekiranya calon yang dinamakan adalah kurang daripada jumlah jawatan Majlis tertinggi yang di pilih, maka calon-calon tersebut adalah dianggap sebagai telah di pilih untuk jawatan tersebut dan mereka ini bolehlah melantik dari mana-mana ahli Dewan ke jawatan Majlis Tertinggi yang kosong untuk memenuhi Fasal 9 (3). |
|
Fasal 9 - Majlis Tertinggi
| 1) |
Majlis Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal ehwal Dewan di bawah kuasa dan perintah Mesyuarat Agung Dewan. |
| 2) |
Majlis Tertinggi adalah terdiri daripada :-
| a) |
Yang DiPertua; |
| b) |
Timbalan Yang DiPertua; |
| c) |
Setiausaha yang dilantik oleh Yang DiPertua; |
| d) |
Penolong Setiausaha yang dipilih oleh Mesyuarat Agung; |
| e) |
Bendahari yang dilantik oleh Yang DiPertua; |
| f) |
Tujuh (7) orang Naib Yang DiPertua dipilih oleh Mesyuarat Agung; dan |
| g) |
Tiga (3) orang Ahli Majlis Tertinggi Naib Yang Di Pertua yang dilantik oleh Yang DiPertua; |
|
| 3) |
Yang DiPertua, Timbalan Yang DiPertua ,Penolong Setiausaha dan Tujuh (7) Naib Yang DiPertua di bawah perenggan 2 (f) itu hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung untuk memegang jawatan selama tiga (3) tahun. Hanya ahli yang telah menjadi Ahli sah Dewan selama dua (2) tahun pada tarikh pemilihan sahaja yang layak dipilih untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. |
| 4) |
Yang DiPertua hendaklah terlebih dahulu berunding dengan mereka yang tersebut di peranggan-perenggan kecil 2 (b), 2 (d), dan 2 (f) sebelum membuat perlantikan di bawah perenggan kecil 2 (c), 2 (e) dan 2 (g). |
| 5) |
Seseorang Ahli Majlis Tertinggi mestilah mengosongkan jawatannya sekiranya :-
| a) |
Ianya didapati tidak waras atau fikirannya tidak siuman ataupun lain-lain sebab yang ia tidak boleh menjalankan tugas-tugas. Ianya diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan. |
| b) |
Ianya berhenti daripada menjadi ahli Dewan atau ahli di dalam mana-mana badan atau syarikat yang menjadi ahli Dewan. |
| c) |
Ianya tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi selama tiga (3) kali berturut-turut tanpa kebenaran Yang DiPertua. |
| d) |
Ianya meninggal dunia atau meletak jawatannya secara notis dengan bertulis kepada Yang DiPertua dan perletakan jawatan itu diterima oleh Majlis Tertinggi. |
|
| 6) |
Tugas-tugas Ahli Majlis Tertinggi Dewan adalah seperti berikut :-
| a) |
Yang DiPertua
| i) |
Menjadi Ketua Dewan yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Dewan seluruhnya.
|
| ii) |
Melantik Setiausaha, Bendahari dan Tiga (3) orang Ahli Majlis Tertinggi Naib Yang Di Pertua di lantik. |
| iii) |
Bertanggungjawab atas semua pegawai-pegawai Dewan. |
| iv) |
Mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi atau Mesyuarat Agung Dewan. |
| v) |
Yang DiPertua boleh dari masa ke semasa menjemput mana-mana orang perseorangan samada ahli Dewan ataupun tidak untuk hadir bersama di dalam mana-mana mesyuarat Majlis Tertinggi bagi maksud menyumbangkan fikiran dan pendapatnya mengenai sesuatu perkara yang dibincangkan oleh mesyuarat berkenaan dengan syarat orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi. |
|
| b) |
Timbalan Yang DiPertua
| i) |
Membantu tugas-tugas Yang DiPertua. |
| ii) |
Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Majlis Tertinggi apabila Yang DiPertua tidak hadir. |
|
| c) |
Setiausaha
| i) |
Bertanggungjawab secara langsung kepada Yang DiPertua. |
| ii) |
Menjadi pegawai khas bagi mentadbirkan perjalanan Ibu Pejabat dan menjadi Pegawai Am. |
| iii) |
Bertanggungjawab melaporkan kepada Yang DiPertua segala tindakan yang dijalankan, berhubung dengan pentadbiran Dewan. |
| iv) |
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat Majlis Tertinggi dan Mesyuarat Agung Dewan. |
| v) |
Menyimpan buku daftar ahli. |
| vi) |
Menjalankan segala kerja perhubungan berkenaan dengan hal ehwal Dewan. |
|
| d) |
Penolong Setiausaha
| i) |
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. |
|
| e) |
Bendahari
| i) |
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Dewan dan menyimpan buku bayaran masuk dan yuran dan buku kira-kira dengan betul. Menerima semua wang yang dibayar kepada Dewan dan mengeluarkan resit yang tertentu. |
| ii) |
Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan Dewan kepada Majlis Tertinggi. |
| iii) |
Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira Dewan tahunan untuk diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan Dewan untuk diterima.
|
|
| f) |
7 Naib-naib Yang Di Pertua
| i) |
Naib-naib Yang Di Pertua hendaklah membantu Yang Di Pertua dan Timbalan Yang Di Pertua dalam menjalankan tugas-tugas mereka dan hendaklah menjalankan arahan-arahan dan kegiatan-kegiatan yang diberikan oleh Majlis Tertinggi dari masa ke semasa. Dalam ketiadaan Yang Di Pertua dan Timbalan Yang Di Pertua, Majlis Tertinggi hendaklah, melalui satu resolusi, melantik satu dari antara Naib-naib Yang Di Pertua untuk memangku jawatan Yang Di Pertua dalam ketiadaannya |
|
| g) |
3 Naib Yang Di Pertua Dilantik
| i) |
3 orang Ahli Majlis Tertinggi Naib Yang Di Pertua dilantik ini hendaklah membantu majlis Tertinggi dalam menjalankan tugas yang diarahkan oleh Yang Di Pertua. |
|
|
| 7) |
Mesyuarat Majlis Tertinggi
| i) |
Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi setiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi 7 hari terlebih dahulu. Yang Di Pertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Majlis Tertinggi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah ( ½ ) daripada bilangan ahli Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. |
| ii) |
Jika jawatan Yang DiPertua menjadi kosong oleh apa-apa sebab juapun maka Majlis Tertinggi berkuasa memilih seorang dari mereka untuk memenuhi jawatan Yang DiPertua hingga pemilihan diadakan mengikut Fasal 9 (3) dan sebelum Majlis Tertinggi membuat pilihan itu Timbalan Yang DiPertua hendaklah memangku jawatan tersebut. Jika jawatan Yang DiPertua yang dipenuhi oleh orang yang dipilih oleh Majlis Tertinggi mengikut peruntukan ini menjadi kosong oleh apa-apa sebab juapun Majlis Tertinggi hendaklah memilih seorang yang lain di antara mereka untuk memenuhi jawatan itu. |
| iii) |
Jika 2/3 atau lebih daripada ahli-ahli Majlis Tertinggi berhenti dengan serentak maka Setiausaha atau salah seorang daripada Majlis Tertinggi hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Tergempar Dewan untuk menubuh dan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi bagi menggantikannya. Sementara itu Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang tidak berhenti itu hendaklah mengelola dan mentadbirkan Dewan hingga terbentuk Majlis Tertinggi yang baru. |
|
Fasal 10 - Kuasa-Kuasa Majlis Tertinggi
| 1) |
Kuasa Majlis Tertinggi adalah meliputi segala dasar-dasar, prinsip-prinsip, tugas-tugas, kerja-kerja atau tanggungjawab-tanggungjawab yang bersangkutan dengan Negeri Sabah dan Kerajaan Pusat atau lain-lain tugas kebangsaan. |
| 2) |
Majlis Tertinggi berkuasa memberi kuasa kepada mana-mana ahlinya untuk menjalankan apa-apa tugas di peringkat negeri mahupun pusat. |
| 3) |
Majlis Tertinggi berkuasa meminta mana-mana ahlinya supaya tidak membuat apa-apa kenyataan mengubah apa-apa dasar, sikap tindakan atau mengambil apa-apa tindakan atau apa-apa rancangan yang pada fikiran Majlis Tertinggi adalah perkara-perkara kebangsaan atau peringkat negeri dan ahli yang tersebut itu hendaklah mematuhi permintaan itu. |
| 4) |
Mana-mana ahli yang tidak berpuas hati di atas ketetapan Majlis Tertinggi mengenai perkara-perkara tersebut di atas bolehlah merayu kepada Mesyuarat Agung Dewan dan keputusan Mesyuarat Agung Dewan adalah muktamad. |
| 5) |
Kuasa-kuasa, tanggungan dan kewajipan Majlis Tertinggi ialah :-
| a) |
Membentuk dasar-dasar dan rancangan Dewan. |
| b) |
Mengawal, mengelolakan dan memutuskan sebarang perkara yang berbangkit bersabit dengan ahli-ahli. |
| c) |
Mencari ikhtiar dan menjalankan sebarang usaha bersama-sama dengan lain-lain kumpulan atau pertubuhan yang serupa di dalam atau di luar Sabah atau Malaysia atas perkara-perkara yang berkaitan dengan tujuan-tujuan Dewan. |
| d) |
Menyelesaikan perselisihan yang berbangkit dalam atau berkaitan dengan Dewan samada ianya membabitkan ahli Dewan ataupun tidak dengan syarat persetujuan daripada kedua-dua pihak diperolehi terlebih dahulu. |
| e) |
Membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan suatu penyata yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan dalam masa setahun yang lepas serta membentangkan kenyataan dan butir-butir kira-kira yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit. |
| f) |
Menghantar kepada ahli-ahli penyata tahunan berserta dengan kenyataan dan butir-butir kira-kira bagi tahun yang lepas sekurang-kurangnya tujuh (7) hari terlebih dahulu daripada hari diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan. |
| g) |
Mengadakan peraturan atau syarat-syarat yang tertentu dalam perkara permintaan dan kelulusan hendak menjadi ahli. |
| h) |
Melantik penaung atau Ahli Kehormat yang difikirkan sesuai atau patut. |
| i) |
Menerima perletakan jawatan mana-mana Ahli Majlis Tertinggi atau memecat mana-mana Ahli Majlis Tertinggi. |
| j) |
Menyelaraskan aktiviti-akitiviti kesemua ahli-ahli dan menyelesaikan selisih faham yang timbul di antara ahli-ahli. |
| k) |
Menjalankan kehendak perlembagaan dan berkuasa menggantung atau melucutkan keahlian seorang Ahli. |
| l) |
Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa jua langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan Dewan amnya. |
| m) |
Meluluskan segala perbelanjaan. |
| n) |
Melantik wakil-wakil Dewan di dalam mana-mana badan, majlis atau kementerian yang memerlukan perwakilan Dewan. |
| o) |
Melantik satu Jawatankuasa kerja yang mana hendaklah terdiri dari mereka yang berikut :-
| i) |
Yang DiPertua. |
| ii) |
Timbalan Yang DiPertua. |
| iii) |
Setiausaha. |
| iv) |
Bendahari. |
| v) |
2 orang dari 7 orang Ahli Majlis Tertinggi biasa yang disebutkan di dalam fasal 9 ceraian 2 (f). |
| vi) |
1 orang daripada 3 orang Ahli Majlis Tertinggi biasa yang disebut di dalam fasal 9 ceraian 2. |
|
| p) |
Notis mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama-sama dengan agenda hendaklah dimajukan 7 hari terlebih dahulu sebelum tarikh mesyuarat. |
| q) |
4 daripada bilangan Ahli
Jawatankuasa Kerja adalah dianggap sebagai
cukup korum untuk mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Dewan. |
|
Fasal 10 (A) - Kuasa-kuasa Jawatankuasa Kerja
Jawatankuasa kerja hendaklah menjalankan tugas-tugas mengenai perkara-perkara seperti berikut :-
| i) |
Pentadbiran urusetia Dewan termasuk perlantikan Setiausaha Kerja dan lain-lain kakitangan urusetia Dewan serta hal-ehwal kakitangan urusetia Dewan. |
| ii) |
Merangka dan mengesyorkan perkhidmatan kegiatan dan rancangan bagi kebaikan ahli-ahli Dewan. |
| iii) |
Merangka kegiatan dan belanjawan bagi dikemukakan kepada Majlis Tertinggi untuk kelulusan. |
| iv) |
Merancangkan soal-soal kewangan Dewan serta cara-cara mendapatkan sumber kewangan Dewan. |
| v) |
Melantik wakil-wakil Dewan di dalam mana-mana badan majlis atau kementerian yang memerlukan perwakilan Dewan. |
| vi) |
Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa kecil terdiri daripada mana-mana orang perseorangan samada Ahli Dewan ataupun tidak. |
| vii) |
Jawatankuasa Kerja akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan dan pada bila-bila masa dipanggil oleh Yang DiPertua. |
|
| |
Fasal 11 - Kewangan
| 1) |
Tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang
Dewan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Dewan, termasuklah belanja pentadbiran,
bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira.
Walaubagaimana, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar
denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. |
| 2) |
Bendahari
dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00
pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah
dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Dewan. |
| 3) |
Segala cek
atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Dewan hendaklah
ditandatangani oleh Yang DiPertua bersama-sama dengan Setiausaha
atau Bendahari. Semasa ketiadaan Yang DiPertua, Setiausaha atau
Bendahari maka bolehlah Majlis Tertinggi melantik sesiapa di
antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau
kenyataan pengeluaran wang Dewan. |
| 4) |
Perbelanjaan
yang lebih daripada RM5,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh
dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Majlis
Tertinggi, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM30,000.00 bagi
sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran oleh
Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa terlebih
dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM5,000.00 bagi sesuatu
masa boleh diluluskan oleh Yang DiPertua bersama Setiausaha dan
Bendahari. |
| 5) |
Penyata
darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira
bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa
oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12
undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun
kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah
dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman
ahli di tempat urusan Dewan. |
| 6) |
Tahun
kewangan Dewan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir
pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun. |
| 7) |
Semua wang
dan keuntungan yang didapati oleh Dewan ini berhasil dari
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan
semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan
tujuan-tujuan Dewan ini dan tidak sebahagian pun daripada wang
atau keuntungan akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan
atau bonus kepada sebarang ahli Dewan. Sungguhpun begitu,
peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat
dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau
kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Dewan ini. |
Fasal 12 - Pemeriksa kira-kira
| 1) |
Dua orang yang bukannya Pegawai
Dewan boleh dilantik tiga tahun sekali di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa
kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama
tiga tahun dan boleh dilantik semula. |
| 2) |
Pemeriksa
kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Dewan bagi
setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung
Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang
DiPertua mengaudit kira-kira Dewan bagi mana-mana masa di dalam
tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Majlis
Tertinggi. |
Fasal 13 - Pengamanah
| 1) |
Tiga orang
Pengamanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik
di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang
dikehendaki oleh Dewan. Semua harta tetap kepunyaan Dewan akan
diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah
(Deed of Trust). |
| 2) |
Pengamanah
tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta
kepunyaan Dewan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang
diberikan oleh Mesyuarat Agung Dewan. |
| 3) |
Seseorang
Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada Jawatannya oleh Mesyuarat
Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada
di dalam negeri atau sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat
menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika
berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi
seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh
Pengamanah yang baru yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung. |
Fasal 14 - Taksiran
undang-undang
| 1) |
Di antara
berlangsungnya Mesyuarat Agung, Majlis Tertinggi
boleh menerima tafsirannya kepada undang ini dan Majlis Tertinggi,
jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak
terkandung di dalam undang-undang ini. |
| 2) |
Kecuali
perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar
yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Majlis
Tertinggi terhadap ahli adalah muktamad jika
tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. |
Fasal 15 - Penasihat /
Penaung
| Majlis Tertinggi boleh, jika difikirkan perlu,
melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi
Dewan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis. |
Fasal 16 - Larangan
| 1) |
Permainan
yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah
Dewan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau,
Tau Ngau, Tian Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga
Puluh Satu, Sepuluh, Setengah dan semua permainan dadu, banker's
game, Video Games, Mesin Slot, Mahjong dan semua permainan yang
bergantung semata-mata kepada nasib. |
| 2) |
Dewan atau
ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil
peranan di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti definasi di
dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959. |
| 3) |
Dewan ini
tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Dewan atau pegawai-pegawai atau Majlis
Tertinggi atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak
berkuasa berkenaan. |
| 4) |
"Faedah"
seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Dewan 1966, tidak
boleh diberikan oleh Dewan kepada mana-
mana ahlinya. |
Fasal 17 - Pindaan
undang-undang
| Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali
dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk perubahan atau
pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat
Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh
dikuatkuasakan mulai dari pada tarikh perubahan atau pindaan itu
diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. |
Fasal 18 - Pembuburan
| 1) |
Dewan ini
boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam
suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. |
| 2) |
Sekiranya
Dewan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Dewan yang sah mengikut undang-undang
hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah
diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung
berkenaan. |
| 3) |
Kenyataan
bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu. |
Fasal 19 - Lambang
dan Bendera
| Lambang
(logo) Dewan adalah berbentuk sebuah lencana bulat yang berlatar
belakang Gunung Kinabalu yang menjadi simbol kemegahan Negeri
Sabah. Warna perang tua Gunung Kinabalu mewakili semangat dinamik
Dewan. Lambang Periuk Kera (Pitcher's Plant) dengan kombinasi
warna biru langit dan merahmelambangkan keunikan budaya suku-kaum
Kadazandusun di Sabah. Warna hijau pada daun-daun Periuk Kera
melambangkan yayasan yang kukuh. Lambang yang berwarna keemasan
mewakili kegiatan-kegiatan perniagaan dan perindustrian.
Corak-corak sawah padi yang berwarna biru tua mewakili kesungguhan
dan kejayaan Dewan manakala warna hitam pada latar belakang nama
singkatan Dewan di dalam bahasa English melambangkan keberanian
dan kecekalan Dewan. |
|